PELANCONG hanya boleh mengunjungi Pulau Northumberland di Britain sebanyak dua kali sehari ketika air surut. Dikenali sebagai Pulau Suci, lokasi pelancongan itu menempatkan sebuah istana Lindisfarne, kafe dan pub serta rumah ketua rahib (gereja) yang masih dijadikan sebagai tempat beribadat.ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara percaya tilikan biskut nasib, seorang ibu muflis kini jutawan dalam sekelip mataARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pecah rekod sendiri, tarik bas seberat 15,150 kilogram Mereka yang ingin mengunjungi pulau itu mesti tiba pada masa yang ditetapkan mengikut status kemaskini di laman web kerana laluan ke lokasi itu terputus ketika air pasang.Pulau ini juga menawarkan pemandangan lautnya yang menakjubkan. Pelancong boleh menikmati pemandangan tersebut sambil menjamu selera di kafe yang selesa dan menikmati hasil madu (mead) yang terkenal di pulau itu. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Istana Lindisfarne yang diuruskan oleh National Trust. Organisasi itu memberikan kemasukan percuma untuk ahli dan mengenakan bayaran sebanyak GB£ 8 (RM45) kepada bukan ahli. Istana ini juga diubah menjadi rumah percutian oleh arkitek terkenal Sir Edwin Lutyens untuk pengasas majalah Country Life, Edward Hudson. Bulan Oktober adalah masa yang sesuai untuk menempah bercuti di pulau berkenaan kerana pada bulan itu istana tersebut menawarkan persembahan seni cahaya oleh pasangan Heinrich dan Palmer. Kedua-dua seniman tersebut membuat persembahan itu yang diilhami oleh pantai Northumberland dan sejarah pulau itu. Istana ini terletak di spot tertinggi pulau itu yang dibina pada tahun 1550 menggunakan batu dari Lindisfarne Priory. Jalan-jalan di persisiran pantainya juga disenaraikan sebagai salah satu laluan besar Scotland iaitu St Cuthbert's Way. — Agensi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI