KISAH gadis Filipina berusia 18 tahun ini ibarat kisah dongeng jika menyoroti perjalanan hidupnya. Rita Gaviola pernah menjadi tular selepas fotonya dirakam oleh jurugambar Filipina, Topher Quinto Burgos ketika gadis berkenaan meminta sedekah di jalanan pada 2016. ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kampung adakan ratu cantik lembu... pakai baju, mekap, barang kemas! ARTIKEL BERKAITAN: Bekas model dibuang kerja dari hospital gara-gara terlalu cantik Tertarik dengan kecantikannya, Quinto Burgos memuat naik beberapa foto Gaviola di Internet sebelum nasib gadis berkenaan berubah sekelip mata. Gaviola kemudiannya dibantu oleh sejumlah selebriti yang membentuknya menjadi seorang model. Dia turut membintangi program realiti Filipina, Pinoy Big Brother: Lucky 7 pada 2016. Sejak itu, namanya semakin dikenali ramai sehingga Gaviola digelar sebagai 'Gadis Badjao'. Badjao merupakan etnik minoriti di Filipina. Gaviola kini merupakan bintang media sosial dan memiliki 188,000 pengikut di Instagram dan melalui foto-foto yang dimuat naik di laman berkenaan, kehidupan gadis itu nyata berubah. Baru-baru ini, Gaviola mengumumkan hasratnya untuk menyertai pertandingan Miss Universe Filipina 2021. "Tidak lama lagi saya akan menyertai Miss U," tulis Gaviola di Instagram. Sekiranya Gaviola memenangi pertandingan itu, kisah 'dongengnya' akan berterusan dan mungkin menjadi inspirasi majoriti orang di luar sana. — Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI