SEEKOR monyet dekat kampung Kottigehara di Chikkamagalur Karnataka, India menempuh perjalanan sejauh 22 kilometer (km) untuk membalas dendam terhadap penduduk kampung. Menurut laporan TNN, pada mulanya ia merampas buah-buahan dan makanan ringan daripada penduduk kampung. Mereka tidak mengambil kisah pada mulanya, tetapi ia dikesan berada di sekitar sekolah di kawasan itu selepas sesi persekolahan dibuka semula. Monyet itu ditakuti anak-anak mereka sehingga penduduk kampung membuat aduan dan memanggil pasukan untuk menangkapnya pada 16 September lalu. Anggota jabatan perhutanan berdepan masalah untuk menangkap monyet itu dan terpaksa meminta bantuan daripada pemandu kenderaan berdekatan dan mereka yang lain untuk menangkapnya. Salah seorang pemandu bernama Jagadish menjadi sasaran serangan monyet tersebut. Haiwan itu menggigit tangannya. Monyet tersebut mendekatinya ketika dalam ketakutan. Lebih 30 orang diperlukan untuk menangkap monyet berkenaan yang mengambil masa lebih tiga jam Jabatan perhutanan melepaskannya di hutan Balur, kira-kira 22km dari kampung itu. Keadaan kembali tenang sehingga monyet tersebut datang semula ke kampung itu dalam tempoh kurang seminggu. Ia dikatakan menumpang sebuah trak dan secara kebetulan tiba di Kottigehara. Haiwan itu ditangkap semula pada 22 September dan kali ini dilepaskan jauh ke dalam hutan. Jagadish bagaimanapun masih berada di dalam rumah dan berharap monyet itu tidak kembali. - India Times Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!