suria

Gorila terkenal kerana gambar selfie mati dalam pelukan penyelamat

Saat akhir Ndakasi dalam pelukan penyelamat, Andre Bauma. foto AGENSI/ Virunga National Park

SEEKOR gorila yang dikenali seluruh dunia kerana aksinya berswafoto mati dalam pelukan seorang lelaki yang pernah menyelamatkannya.

Gorila kesayangan ramai itu mati kerana sakit berpanjangan pada usianya 14 tahun, 26 September lalu.

Ndakasi bergelar selebriti pada 2019 setelah muncul dalam gambar selfie yang diambil oleh seorang penyelamat haiwan, Andre Bauma.

Gorila menunjukkan aksi melucukan bersama rakannya, Ndeze.

Bauma menyelamatkan Ndakasi selepas ibu gorila itu mati dibunuh oleh kumpulan bersenjata di Taman Negara Virunga di Congo, Afrika.

gorila selfie 1

Gambar swafoto Ndakasi dan Ndeze yang menjadi perhatian dunia. foto Virunga National Park/Facebook

Selama lebih satu dekad, Bauma dan rakan-rakannya merawat Ndakasi dan membantunya pulih dari trauma akibat kehilangan ibu.

Disebabkan itu, haiwan berkenaan tidak dapat dilepaskan kembali ke habitat liar.

Namun, Ndakasi gembira hidup bersama Ndeze dan gorila lain di Pusat Senkwekwe di taman itu.

Bauma berkata: "Saya bangga memanggilnya seperti seorang kawan. Saya sayangkannya seperti anak dan tingkah lakunya membuatkan saya gembira." - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

gorila, Ndakasi, selfie, Andre Bauma, swafoto,

Artikel Lain