suria

Guna kamera tersembunyi, pasangan terkejut dapat tahu sahabat sendiri jadi ‘dalang’ rosakkan kubur anak mereka

Sarah dan Mark tidak menyangka Plaister (gambar kecil) yang dianggap sahabat rupa-rupanya dalang yang merosakkan kubur anak mereka.

PASANGAN ini sama sekali tidak menyangka kawan yang dianggap seperti sahabat yang baik, rupa-rupanya mengkhianati mereka.

Mark Plaister sebelum ini berpura-pura prihatin di mana dia kononnya melaporkan kubur anak kepada pasangan Sarah Bernasconi-Parsons dan Mark Parsons dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Anak pasangan tersebut, Maggie Parsons, meninggal dunia ketika dilahirkan pada Jun 2015.

"Ketika dia menghantar pesanan kepada saya untuk memberitahu kubur Maggie rosak, kami bergegas ke tanah perkuburan dan dia menemui kami di sana.

"Saya sangat sedih malah ketika itu dia melihat sendiri bagaimana saya menangis," cerita wanita berusia 39 tahun ini.

Pada bulan berikutnya, kubur Maggie dirosakkan sebanyak lima kali.

Bagaimanapun segala-galanya terbongkar selepas Sarah dan Mark membuat keputusan untuk meletakkan kamera tersebunyi di kubur anak mereka.

Pasangan tersebut terkejut apabila mendapati 'dalang' yang merosakkan kubur anak mereka adalah individu yang dianggap sahabat.

Mereka kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain