JEPUN digegarkan dengan gempa bumi sekuat 5.9 skala ritcher yang mengakibatkan 30 orang tercedera, paip bawah tanah pecah serta gangguan pada servis kereta api. Kejadian yang berlaku pada tengah malam Khamis turut mengakibatkan gangguan trafik pada pagi Jumaat. Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa yang berlaku pada pukul 10.41 malam itu berpusat di wilayah China, timur Tokyo serta berlaku pada kedalaman 80 kilometer. Tiada amaran tsunami dikeluarkan namun gempa bumi ini dikatakan gempa bumi terkuat melanda Tokyo sejak Mac 2011. Gempa terbabit mengakibatkan bangunan bergoyang, serta objek tergantung seperti signboard terhayun dengan begitu kencang. Ketua Kabinet Jepun, Setiausaha Hirokazu Matsuno berkata, tidak ada sebarang perkara luar biasa yang berlaku berhampiran fasiliti nuklear di kawasan terbabit. Kebanyakan kereta api mula beroperasi pada pagi Jumaat. Orang ramai bagaimanapun terpaksa menunggu lama berikutan kelewatan servis kereta api. Ratusan individu dilihat beratur sehingga ke luar stesen Kawaguchi. Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun berkata, 32 orang cedera, tiga daripadanya serius, akibat dari gempa terbabit. Di Wilayah Chiba, 11 orang tercedera dan menurut polis, dua wanita terseliuh buku lali mereka apabila tercampak susulan gempar tersebut. Sebuah kereta api tergelincir di timur Tokyo sehingga mengakibatkan brek kecemasan terpaksa dilakukan.Ia mengakibatkan tiga penumpangnya jatuh serta tercedera, lapor Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun. Kecederaan turut dilaporkan di Kanagawa, Saitama dan Wilayah Gunma. Syarikat Elektrik Tokyo pula memaklumkan bahawa 250 rumah di Tokyo terpaksa bergelap buat sementara waktu akibat gangguan elektrik. "Shinkansen" iaitu kereta api berkelajuan tinggi Jepun terpaksa menghentikan operasi bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan.Mereka, bagaimanapun sudah mula beroperasi semula, kata East Japan Railway Co. Laluan Yamanote loop dan subways di Tokyo beroperasi semula lewat malam Khamis namun berlaku kelewatan. Orang ramai dilihat menunggu diluar stesen Shinagawa menunggu teksi untuk menuju ke destinasi masing-masing kerana operasi kereta api tersebut terganggu akibat gangguan elektrik. Ramai lagi terperangkap di Tokyo, Kanagawa dan Chiba dan ada di antara mereka berlindung di fasiliti yang disediakan pihak perbandaran. Pegawai daripada Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun memberitahu bahawa paip bawah tanah turut pecah di beberapa kawasan di Tokyo. - Japan Today Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI