suria

Taliban gantung tiga mayat lelaki pada jentera pengorek

Gambar tiga mayat yang didakwa penjenayah digantung pada jentera pengorek oleh anggota Taliban tersebar di media sosial.

GAMBAR tiga mayat yang didakwa penjenayah digantung pada jentera pengorek oleh anggota Taliban tersebar di media sosial.

Timbalan Gabenor Mawlawi Shir Ahmad Muhajir dilaporkan berkata, tiga lelaki tersebut dibunuh oleh seorang lagi lelaki apabila mereka masuk ke rumahnya di Obe, daerah Herat, Afganistan.

Mayat mereka kemudian digantung pada leher dan diangkat tinggi diudara menggunakan dua jentera penggorek.

ARTIKEL BERKAITAN : Gorila terkenal kerana gambar selfie mati dalam pelukan penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN : Bertahun tanggung sakit, wanita cabut 11 batang gigi sendiri kerana tak mampu dapatkan khidmat doktor

Orang ramai berpusu-pusu untuk menyaksikan mayat-mayat itu dari bawah sambil mengambil gambar.

Tindakan anggota Taliban mengantung mayat-mayat terbabit pada Selasa menimbulkan kerisauan bahawa kumpulan terbabit mungkin telah kembali menggunakan cara lama mereka yang kejam.

Sebelum ini Taliban pernah mengawal Afganistan dari tahun 1996 hingga 2001.

Kumpulan Taliban yang baru sahaja mengambil alih semula kawalan di Afganistan bagaimanapun sebelum ini mendakwa mereka telah berubah sepanjang 20 tahun hidup terpencil.

Kumpulan terbabit tidak mahu ada "musuh dalaman serta luaran", dan pemimpin mereka menegaskan serta berjanji bahawa mereka tidak akan berlaku kejam terhadap golongan wanita.

Beberapa hari selepas membuat dakwaan terbabit, laporan tersebar di Afganistan mengenai kanak-kanak dipukul oleh kumpulan terbabit.

Beberapa minggu kemudian, satu video menunjukkan askar Afganistan dibunuh dan kepalanya yang telah dipenggal dipegang pada rambutnya. - Mirror UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain