SEORANG lelaki di Washington AS dilaporkan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sengaja menenggelamkan keretanya di sungai kerana mahu mengisi radiatornya dengan air. Dalam kejadian yang berlaku pagi Selasa lalu, pihak berkuasa mengatakan pemilik kereta itu memberitahu polis bahawa dia sengaja memandu keretanya ke sungai untuk mengisi air ke dalam radiatornya setelah menggantikan termostat, demikian menurut laporan. Kru kecemasan bertindak setelah menerima panggilan daripada beberapa penduduk tempatan yang melaporkan melihat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) model Chevrolet berwarna biru di Sungai Yakima. Ketika tiba di tempat kejadian, timbalan dari Pejabat Sheriff Daerah Yakima dilaporkan menjumpai kenderaan itu di dalam air dan pemiliknya berada berhampiran. Pasukan kecemasan kemudian menunda kereta itu keluar dari sungai dan masih tidak jelas sama ada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap pemandu SUV tersebut.- INDIA TIMES Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI