suria

Pesan stoking tapi dapat bra... lebih malang, syarikat pakaian enggan layan aduan

Lelaki berkenaan memuat naik foto bra (kanan) yang diterimanya di laman Twitter.

SEORANG lelaki terkejut apabila mendapati stoking yang dibelinya secara atas talian (online) 'digantikan' dengan sehelai bra.

Al-kisahnya, lelaki berkenaan memesan sepasang stoking bola sepak dari sebuah syarikat pakaian dan fesyen, Myntra, namun bungkusan yang diterimanya mengandungi sehelai bra hitam jenama Triumph pada 12 Oktober lalu.

Apa yang lebih mengejutkan, syarikat berkenaan enggan menggantikan produk tersebut selepas lelaki berkenaan membuat aduan mengenainya.

Malah ketika lelaki tersebut menghubungi bahagian khidmat pelanggan laman Myntra untuk meminta ganti rugi, dia menerima respon yang tidak sepatutnya apabila dibalas dengan jawapan 'Maaf, tidak dapat menggantikannya'.

Menerusi laman Twitter, lelaki itu berkongsi kekecewaannya serta foto bra hitam yang diterimanya.

Ciapannya mengundang perhatian ramai dengan rata-rata netizen turut mengecam tindakan syarikat berkenaan dan dalam masa yang sama turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain