suria

Anjing terbiar bawa mangkuk kosong dan berjalan dari rumah ke rumah untuk cari makanan

Seekor anjing mengunjungi lima buat rumah dengan mangkuk makanannya namun hampa kerana tiada siapa yang tinggal di kawasan terbabit.

SEBUAH rakaman yang memperlihatkan seekor anjing terbuang berjalan sambil membawa mangkuk makanannya yang kosong dari satu rumah ke rumah lain, meruntun hati warga maya.

Video terbabit dirakam sepasukan anggota sukarelawan World Animal Awareness Society yang melancarkan Projek Haiwan Jalanan Amerika.

Video terbabit dirakam bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai nasib haiwan yang ditinggalkan serta memperbetulkan pandangan bahawa haiwan ini berupaya untuk menjaga diri serta mencari makanan sendiri.



Seekor anjing terbiar menggonggong mangkuk makanannya yang kosong.

Video yang dirakam di sebuah kawasan kejiranan di Detroit, Amerika Syarikat itu menunjukkan kesungguhan seekor anjing berjalan di dalam kawasan yang dipenuhi semak samun untuk mencari individu yang sudi berkongsi makanan dengannya.

Anjing yang kelaparan itu mengunjungi lima buah rumah namun ia tidak sedar kesemua rumah terbabit telah ditinggalkan penghuninya.

Pasukan sukarelawan kemudiannya mengisi mangkuk makanan anjing tersebut dengan makanan dan minuman.

Anjing-anjing di kawasan terbabit kemudiannya diselamatkan serta kini di bawah jagaan sukarelawan berkenaan. - Lolitopia

Artikel Lain