suria

Lelaki mirip Leonardo DiCaprio salahkan Covid-19, musnah impian jadi terkenal

Roman Burtsev dikatakan mempunyai iras wajah Leonardo Dicaprio. foto Newsflash

SEORANG lelaki yang mempunyai iras wajah pelakon Leonardo DiCaprio meluahkan tentang wabak Covid-19 telah memusnahkan impiannya untuk menjadi terkenal.

Roman Burtsev, 39, mendapat kemasyhuran itu pada 2016 berikutan wajahnya mirip dengan bintang Hollywood itu.

Dia mula menerima tawaran sebagai modal, termasuk iklan di mana dia menyamar sebagai Leonardo dan membuat temu bual bersama media mengenai kemasyhuran baharunya.

mula mendapat pekerjaan sebagai model, termasuk iklan di mana dia menyamar sebagai Leo dan memberi temu bual kepada akhbar tentang kemasyhuran baharunya.

iras leonardo 2

Roman sebelum ini menjadi terkenal kerana mempunyai persamaan dengan bintang Hollywood. foto Newsflash

Namun, dia kini meluahkan pandemik Covid-19 telah menggagalkan rancangannya untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.

"Masalah bermula dengan pelaksanaan sekatan pada April 2020 dan kini orang ramai telah melupakan saya."

Sebelum ini, Roman akan dikerumuni oleh peminat pelakon itu apabila berkunjung ke bandar-bandar besar, namun dia tidak lagi menikmatinya akibat wabak Covid-19.

Dalam pada itu, dia merancang untuk menurunkan berat badan dan berharap untuk kembali terkenal menjelang tahun depan. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain