suria

Tinggal bayi untuk mulakan hidup baharu, bapa nikahi anak sendiri selepas 17 tahun terpisah

Mereka turut mendedahkan kisah hubungan terlarang itu secara terbuka di Facebook.

TAK masuk akal.

Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai kisah antara seorang bapa dan anak perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin menangis, rupa-rupanya anak kandung ‘ibu mentua’ terpisah lebih 20 tahun

Travis Fieldgrove dari Nebraska, Amerika Syarikat (AS) meninggalkan anaknya, Samantha Kershner sejurus dia dilahirkan pada tahun 2000.

Pada waktu itu, Travis bertemu dengan pasangan baharu sebelum memulakan kehidupan tanpa anaknya dan pasangan terdahulu.

Namun, ketika anaknya Samantha berusia 17 tahun, mereka kembali bersatu sebagai keluarga.

Tiga tahun kemudian, Travis mula melakukan hubungan terlarang dengan anak perempuannya.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas bekas pasangan Travis dan rakan Samantha tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Laporan siasatan turut menunjukkan bahawa Travis telah menikahi anak perempuannya.

Malah, mereka turut mendedahkan hal itu secara terbuka di Facebook.

Selepas dibicarakan dan mengaku bersalah, Travis dijatuhkan hukuman dua tahun penjara.

Samantha pula menerima hukuman selama sembilan bulan sahaja. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain