SEORANG gadis berusia 23 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika keluar berjoging. Mangsa, Florencia Ledesma ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Insiden ngeri itu berlaku kira-kira pukul 7 petang Isnin di Albardon berhampiran bandar San Juan di barat Argentina. Mangsa sempat menelefon abangnya yang merupakan anggota polis, Enzo selepas diserang oleh sekumpulan anjing di kawasan sampah berhampiran rumahnya. Abangnya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menakutkan anjing-anjing itu dengan menembak menggunakan pistol apabila haiwan itu cuba menerkamnya. Florencia yang merupakan pelajar kolej hampir tidak sedarkan diri dengan kesan luka gigitan di lengan, kaki dan dada semasa ambulans tiba. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI