suria

Impak kemalangan, wanita Amerika tiba-tiba mampu bertutur loghat New Zealand selepas tersedar dari koma

Summer terlantar koma selama dua minggu akibat kemalangan tersebut.

SEORANG wanita Amerika yang tidak pernah menjejakkan kaki ke New Zealand mengejutkan ramai apabila dia secara tiba-tiba mampu bertutur dalam loghat negara tersebut selepas dua minggu tersedar daripada koma.

Summer Diaz, 24, dari Los Angeles dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan pada 25 November tahun lalu sewaktu pulang dari tempat kerja.

Summer dikejarkan ke hospital dan akibat daripada kemalangan tersebut, dia mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang pelvis, patah bahu dan kecederaan otak.

Wanita itu juga terlantar koma selama dua minggu akibat kemalangan tersebut.

Selepas tersedar, dia pada mulanya sedikit bingung dan tidak boleh bercakap.

Summer hanya berkomunikasi melalui bahasa isyarat yang dipelajarinya di universiti.

Apabila suaranya pulih, Summer perasan pertuturannya berbeza dan loghat baharunya itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya terutama kakitangan hospital.

"Saya jelaskan bahawa saya dilahirkan di sini (Los Angeles) tetapi mereka berkata 'anda mempunyai loghat'. Saya terpaksa menjelaskan bahawa ia bukan loghat saya dan saya baru mula melakukannya," kata Summer.

Situasi Summer itu diklasifikasikan sebagai sesuatu yang jarang-jarang berlaku yang dikenali sebagai sindrom loghat asing (foreign accent syndrome).

Sejak daripada insiden kemalangan itu, Summer telah bertutur pelbagai loghat, dengan sesetengahnya bertahan hanya beberapa jam dan yang lain kekal selama berbulan-bulan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain