suria

Nyaris nak buang! Wanita terkejut dapat tahu berlian yang ditemuinya bernilai RM 11.2 juta!

Jurulelong menunjukkan berlian bernilai £2 juta yang ditemui oleh seorang wanita warga emas.

SEORANG wanita warga emas terkejut selepas mendapati berlian yang nyaris dibuangnya bernilai jutaan ringgit.

Wanita berusia 70-an itu menemui berlian tersebut ketika dia membersihkan rumahnya di Northumberland.

Pada mulanya, dia menganggap ia adalah batu perhiasan untuk pakaian dan tidak terlalu memikirkannya.

Walau bagaimanapun, wanita itu kemudian membawa berlian tersebut kepada jurulelong untuk menilai harganya, dan terkejut apabila diberitahu batu tersebut adalah berlian 34 karat yang bernilai £2 juta (RM11.2 juta).

Apabila menyedari nilai sebenar berlian tersebut, wanita itu seakan-akan tidak percaya bahawa dia nyaris membuangnya ke dalam tong sampah.

Menurut laporan BBC, wanita itu pada mulanya membeli batu tersebut bersama beberapa barangan lain ketika jualan but kereta bertahun-tahun lalu.

Berlian tersebut kini disimpan di Hatton Garden, London sehingga ia dilelong pada 30 November. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain