suria

Marah dengan prestasi kerajaan, sekumpulan aktivis timbun najis diluar pejabat menteri

Najis ditimbun dihadapan pejabat menteri di Australia (Kredit : NCA NewsWire / Dean Martin)

SEKUMPULAN aktivis bertindak membuang najis di luar Menteri Kewangan Australia, Simon Birmingham.

Lengkap dengan jumpsuit pelindung, kumpulan terbabut meletakkan papan tanda dengan perkataan "Pariah Iklim" dan satu salinan pelan jangka masa panjang kerajaan Australian untuk mengurangkan pelepasan gas diatas timbunan najis tersebut.

Kumpulan aktivis itu menunjukkan protes terhadap prestasi kerajaan Australia yang dikatakan "lemah" sewaktu menghadiri sidang kemuncak iklim COP26 di Glasgow.

Birmingham turut dijadikan sasaran kerana menyatakan bahawa Australia menunjukkan "pencapaian biasa" apabila ia berkaitan dengan perubahan iklim, menurut kumpulan itu.

Sebagai tindak balas, Birmingham menyiarkan satu ciapan yang mengatakan dia tidak mahu melihat apa-apa menjadi sia-sia, oleh itu tukang kebun tempatan "dialu-alukan untuk mengambil baja (najis tersebut) untuk musim bunga". - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

najis, marah, menteri, iklim, sidang kemuncak

Artikel Lain