suria

Pernah depresi hidup penuh hutang, wanita ini akhirnya jadi penari kelab

Lauren akui tertekan apabila hidupnya dikelilingi hutang.

SEORANG wanita tampil berkongsi kisahnya yang menerima pendapatan lumayan selepas bergelar sebagai penari.

Ingin dikenali sebagai Lauren, wanita ini turut mengimbas kisahnya yang depresi gara-gara hidup dalam bebanan hutang.

Namun katanya, dia mengambil keputusan untuk menjadi penari di sebuah kelab dewasa di Liverpool dan berjaya mengubah hidupnya.

Dedah Lauren, kerjaya sebagai penari membolehkan dia meraih sehingga £1,000 (RM5,571) dalam satu malam.

"Saya tertekan hidup dalam hutang. Bekerja dengan kelab ini dalam tempoh kurang setahun, saya mampu bayar bil dan lunaskan hutang.

"Kini saya dah beli kereta, ada simpanan sendiri dan hidup dalam versi yang lebih baik," kata Lauren.

Dedah Lauren, ibunya tahu dia bekerja sebagai penari kelab, namun tidak kisah mengenai hal itu.

"Mak saya tahu, tapi saya hanya fikir mengenai pendapat diri saya sahaja.

"Bila saya bercerita kepada wanita lain, mereka suka dan mahu ada keyakinan seperti saya," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan