PENDUDUK di kawasan kejiranan di Little Sugar Creek Greenway di Charlotte, Utara Carolina berang selepas terjumpa rusa berkeliaran dengan anak panah menembusi kepalanya. "Sangat mengerikan," tulis seorang penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan Starmount di sebuah platform sosial media, NextDoor. "Saya kadang-kadang memburu dan ini menjijikkan saya," kata seorang penduduk di komuniti Preston Flats. "Buru individu yang melakukan ini," kata seorang lelaki dari komuniti Olde Providence North di platform yang sama. Penduduk sebelum ini ternampak seekor rusa dan anak rusa dengan anak panah di kepala mereka sebelum berkongsi gambar tersebut di platfrom NextDoor. "Anak panah yang digunakan bukanlah anak panah memburu yang sebenar, sebaliknya anak panas bagi tujuan latihan," kata penduduk Huntingtowne Farms Stephanie Kraska kepada The Charlotte Observer. Kedua-dua rusa itu terselamat daripada kecederaan tersebut, menurut catatan di NextDoor. Tetapi ibu dengan dua anak rusa yang mempunyai anak panah itu tidak dapat memasukkan lidahnya kembali ke dalam mulutnya. - The Charlotte ObserverDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI