suria

Miliki 11 kereta mewah, wanita ini enggan bercinta dengan lelaki miskin

Danii kini sudah berpunya dan sedang hangat bercinta dengna seorang jejaka.

SETIAP wanita pastinya mengimpikan lelaki yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup mereka.

Begitu juga dengan Danii Banks dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) yang memiliki citarasa tinggi dalam mencari teman lelaki.

Dia yang memiliki 11 buah kereta mewah akui enggan bercinta dengan lelaki yang miskin dan tidak setaraf dengannya.

"Saya suka kereta mewah. Kereta yang dipandu menceritakan tentang seseorang itu.

"Lelaki yang nak bercinta dengan saya perlu ada kereta yang hebat.

"Saya tak pernah bercinta dengan lelaki yang memiliki kereta biasa-biasa sahaja," ujar wanita itu.

Namun dedah Danii, dia kini sudah tidak 'available' kerana sedang hangat bercinta dengna seorang jejaka.

Dalam pada itu, Danii yang juga pengumpul kereta Rolls Royce dan Lamborghini turut menawarkan khidmat sewa kenderaan.

"Saya tahu tak semua mampu membeli kereta impian. Jadi saya buka bisnes untuk orang ramai sewa kereta saya," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain