SEORANG pegawai polis wanita meraih pujian daripada warga maya selepas menyelamatkan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri yang ditemui di terbaring di sebuah tanah perkuburan di Chennai, India. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan inspektor polis bernama Rajeshwari itu memikul lelaki tersebut di atas bahu dan membawanya ke hospital berdekatan dengan sebuah kereta. Menurut laporan, lelaki itu terbaring di kawasan perkuburan Kilpauk dalam keadaan basah kuyup akibat hujan semalaman. Dia yang dikenal pasti sebagai pekerja di tanah perkuburan, jatuh sakit dan tidak sedarkan diri Tamil Nadu kini dilaporkan dilanda hujan lebat berpanjangan dengan ibu kota Chennai dan sebahagian besar bandar berkenaan dinaiki air sehingga paras lutut. Sekurang-kurangnya dilaporkan 14 orang maut di Tamil Nadu akibat hujan yang berpanjangan. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI