suria

Minum air kencing sendiri 5 gelas sehari, wanita ini dakwa rahsia hidup lebih lama

Carrie percaya minum air kencing merupakan sesuatu yang sihat. foto TLC

SEORANG ibu 'ketagih' minum air kencingnya sendiri, dan percaya dia akan mati disebabkan kanser sekiranya berhenti meminumnya.

Carrie, 53, dari Colorado, Amerika Syarikat (AS), menyifatkan air kencingnya rasa seperti 'minuman keras' dan dia mengambilnya lima gelas setiap hari.

Bercakap menerusi TLC's My Strange Addiction, dia berkata: "Saya suka kencing panas. Ia menenangkan.

"Air kencing saya memang berbau bergantung pada apa yang saya makan, rasa hari ini agak berbeza berbanding empat tahun lalu.

"Kadang-kadang ia masin, kadang-kadang rasanya seperti champagne.

"Anda boleh merasai pelbagai perkara melalui badan anda.

"Ada beberapa makanan yang saya tidak suka makan kerana ia mempunyai rasa yang sangat tidak baik apabila ia dicerna.

"Saya suka makan asparagus tapi saya kini tidak makannya lagi kerana ia membuatkan rasa air kencing saya teruk," katanya.

Tabiat Carrie yang pelik itu sejak empat tahun lalu sejak didiagnosis menghidap melanoma, sejenis kanser kulit, dan dia memutuskan untuk menolak dunia perubatan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain