DALAM dunia ini, kita sering berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Malah, ada orang memiliki perangai dan minat yang pelik sehingga tidak dapat difikirkan oleh akal yang waras. Begitulah juga kisahnya dengan gadis ini yang suka beraksi persis anjing. Dikenali sebagai Jenna, dia menjana pendapatan dengan menjual video-video memaparkan dirinya berlakon sebagai anjing. Dalam salah satu rakaman, dia merangkak di bawah meja, merayu meminta makanan sebelum disuap oleh seorang individu. Berusia 21 tahun, gadis dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu meraih 180,000 pengikut sejak video pertamanya Mac lalu. Dia menjana lebih £7,000 (RM39,269) setiap bulan hasil jualan video di sebuah laman langganan video. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI