SEBUAH studio kecil dengan keluasan 22.6 meter persegi di barat London dijual pada harga lebih RM2.2 juta (£395,000). "Hartanah unik" di Stewart's Grove, Chelsea, ini mempunyai satu bilik tidur, bilik mandi dan tempat untuk menyambut tetamu. Rumah yang tidak mempunyai taman ini bagaimanapun memerlukan pengubahsuaian. Studio terbabit yang mempunya saiz yang bersamaan dengan sebuah garaj biasa, mempunyai bahagian luar dan pintu depan yang berwarna warni. Studio ini mempunyai satu bilik tidur, bilik mandi dan tempat untuk menyambut tetamu. Pintu tersebut turut menghadap jalan raya. "Studio freehold ini terletak di tengah-tengah Chelsea. "Hartanah yang terletak di lokasi ideal ini berpotensi untuk dijadikan rumah atau di sewa di London. "Stewarts Grove terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Fulham. "Chelsea Green, St Luke's Gardens dan South Kensington semuanya berada dalam jarak yang boleh dicapai dengan berjalan kaki," tulis iklan bagi studio terbabit. Harga rumah di British meningkat untuk bulan keempat berturut-turut bulan lepas. Harga hartanah meningkat sebanyak 0.9 peratus pada bulan Oktober selepas naik 1.7 peratus pada bulan September, kata pemberi pinjaman gadai janji Halifax. Ia menjadikan purata harga rumah purata dijual pada harga £270,027 - naik 8.1 peratus pada Oktober 2020. - Yahoo News UKDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI