DUA gadis jelita dari Turki ditahan atas dakwaan menipu pengikut media sosial mereka. Infleuncer tersebut, Simge Barankoglue dan Yesim Aydin merupakan antara 20 individu yang ditahan pada 9 November lalu. Menurut laman berita Haberler, kumpulan itu didakwa menipu pengikut untuk membayar sejumlah cukai bagi mendapatkan wang kemenangan menerusi pengajuran permainan dalam talian. Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa unit komputer, telefon bimbit, kad memori serta peralatan yang digunakan dalam penipuan atas talian. Dalam tempoh enam bulan, mereka didakwa menipu 250 individu dari seluruh Turki, melibatkan wang berjumlah £222,870 (RM1.24 juta). Untuk rekod, Simge Barankoglu memiliki hampir sejuta pengikut manakala Yesim Aydin memiliki 161,000 pengikut Instagram. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI