DUA lelaki dari Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak pada tahun 2018. Dalam perbicaraan baru-baru ini, Demarcus George, 27, dan Mario Waters, 33, yang berasal dari Arkansas turut mengaku bersalah atas dakwaan pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur. Menurut dokumen mahkamah, dua lelaki itu merogol mangsa yang berusia enam tahun di dalam bilik di sebuah hotel. Perbuatan itu turut menyebabkan mangsa dijangkiti dengan penyakit Kelamin (STI). Kes itu terbongkar selepas mangsa menerima rawatan di sebuah hospital. Siasatan polis akhirnya membawa kepada penahanan dua lelaki berkenaan. Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang belum ditetapkan untuk rayuan hukuman kes berkenaan. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI