HONG Kong memulakan operasi memusnahkan babi hutan berikutan serangan ke atas seorang pegawai polis. Tujuh haiwan terbabit terbunuh selepas mereka dipancing ke jalan oleh pegawai hidupan liar, mencetuskan kemarahan daripada aktivis pada hari Khamis. Terkenal dengan bangunan pencakar langit dan kepadatannya, Hong Kong juga mempunyai kawasan pergunungan subtropika dan taman luas yang menempatkan sejumlah besar babi liar Eurasia. Hong Kong minggu lalu mengumumkan dasar baharu untuk menangkap dan membunuh babi hutan yang muncul di kawasan bandar, tiga hari selepas seorang pegawai polis cedera di kaki disebabkan serangan babi. Dalam operasi yang dilakukan pada Rabu, pegawai dilihat menutup jalan di daerah Aberdeen dan menaburkan serbuk roti di atas tanah. Sekumpulan babi hutan tidak lama kemudian muncul dan ditembak dengan dart penenang sebelum diberi suntikan maut. Hong Kong pernah membenarkan sebilangan kecil pemburu menembak babi hutan. Tetapi pada 2017 ia bertukar kepada dasar tangkap, neuter dan penempatan semula. Dasar tersebut dilaporkan gagal, dengan populasi babi hutan melonjak sekitar 1,800 dan 3,300. - South China Morning PostDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI