SEORANG kanak-kanak yang menjadi mangsa dicabul bapa angkatnya sejak berusia enam tahun hanya mengetahui bahawa perbuatan tersebut salah apabila dia mengikuti kelas pendidikan seks ketika berusia 11 tahun. Mangsa yang kini berusia 18 tahun juga dilaporkan tidak tahu bahawa dia telah diambil sebagai anak angkat sehinggalah dia membuat laporan polis - 11 tahun selepas kali pertama dia menjadi mangsa kerakusan ayah angkatnya itu. Bapa angkat terbabit, 65 merupakan seorang penjaja yang telah berkahwin dan tinggal di sebuah flat di Punggol di Singapura. Dia mengambil mangsa sebagai anak angkat ketika dia masih bayi. Dia dijatuhkan hukuman penjara 32 bulan dan 10 minggu pada Khamis (18 November) selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencabul seseorang di bawah umur 14 tahun, dan satu pertuduhan mencabul. Hukuman penjara 10 minggu itu dikenakan sebagai ganti rotan, kerana lelaki itu tidak boleh dirotan memandangkan usianya lebih 50 tahun. Dua lagi pertuduhan yang serupa turut dipertimbangkan ketika hakim menjatuhkan hukuman. Semua pihak dalam kes itu tidak boleh dinamakan kerana perintah gag yang melindungi identiti mangsa. Mangsa kini belajar di sebuah politeknik. Pada 2009, ketika mangsa berusia enam tahun, dia pulang ke rumah selepas tamat pengajian tadika dan berehat di atas katilnya. Ayahnya kemudian berbaring di sebelahnya, memegang tangannya dan meletakkan pada kemaluannya. Gadis itu tidak bertindak balas kerana dia tidak faham apa yang dia lakukan. Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaian dan menyuruh gadis itu melakukan aksi seksual ke atasnya. Dia turut mencabulnya. Gadis terbabit dikatakan tidak tahu bahawa tindakan lelaki itu merupakan serangan seksual, sehingga dia menghadiri pendidikan seks di sekolah pada 2014, iaitu ketika dia berada di Darjah 5. Dia tidak memberitahu sesiapa mengenai perbuatan itu kerana takut tidak ada sesiapa yang akan dipercayainya. Bagaimanapun, dia mula keluar sehingga lewat untuk mengelak pulang ke rumah. Pada 2018, apabila gadis itu berusia 15 tahun bapanya sekali lagi mencabul mangsa. Gadis itu mendedahkan serangan seksual itu kepada kaunselor dan pengetua sekolahnya, dan kemudiannya membuat laporan polis pada 2 Oktober 2020 sebelum bapa ditahan. - Yahoo News Singapore Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI