SEORANG lelaki berpakaian ninja telah menyerang dua pegawai polis wanita dengan pedang katana di barat laut Perancis selepas merempuh sebuah kereta curi semasa dikejar polis. Ninja terbabit, merempuh Citroen C3 yang dicuri ke sebuah stesen servis di Tourlaville di pinggir Cherbourg. Dia didakwa melompat dari kereta terbabit sambil mengacungkan katana dan turun ke arah dua pegawai polis wanita yang mengejar. Kedua-dua pegawai itu mengalami kecederaan di bahagian kepala - satu di dagu dan satu di muka. Suspek kemudiannya ditembak oleh pegawai ketiga yang melepaskan tembakan dari dalam kereta polis pada jarak dekat. Pegawai itu melepaskan tiga das tembakan yang mengenai perut ninja itu. Ninja itu kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan serius, bersama dua pegawai wanita yang bagaimanapun dilaporkan tidak serius. Pegawai yang menggeledah kenderaan curi itu selepas kejadian terbabit mendapati penyerang memiliki senjata lengkap termasuk berbilang pedang, busur dan panah, dan 'shuriken' - peluru tajam biasanya dibaling ke aras sasaran. - Daily Mail UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI