suria

Rai hari lahir dengan cara tidak masuk akal, wanita rakam gambar bogel dengan anak dipenjara 3 bulan

Brown sempat memuat naik satu posting di Instagram sejurus dia dikenakan hukuman itu.

TINDAKAN wanita ini merakam foto bogel bersama anaknya sebelum ia dimuat naik ke media sosial membawa padah apabila dia dipenjara tiga bulan.

Rosemond Brown, 32, dari Ghana berkongsi foto itu untuk meraikan hari lahir anaknya yang ketujuh.

Posting pada 20 Jun itu ternyata menimbulkan kemarahan pihak berkuasa sehingga dia didakwa atas kesalahan keganasan domestik.

Ia turut menyebabkan wanita yang bekerja sebagai pelakon itu dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan pada April lalu.

Dia bagaimanapun berjaya mengenepikan hukuman itu selepas membuat rayuan.

Namun, dia sekali lagi dijatuhkan hukuman sama selepas perbicaraan diadakan semula pada 1 Disember lalu.

Brown sempat memuat naik satu posting di Instagram sejurus dia dikenakan hukuman itu.

"Anak, saya sayang kamu dan tuhan sentiasa bersamamu. Ibu akan pulang," tulisnya.

Menurut Newsflash, hakim Christiana Cann berkata, pihak mahkamah tidak boleh bertolak ansur akan hal itu kerana berlakunya peningkatan kes rogol, keganasan fizikal dan bahan lucah di negara itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain