MASJID Besar Cordoba dilaporkan berada dalam keadaan ‘kritikal’berpunca daripada peluh pelancong. Media melaporkan masjid itu berdepan masalah pemeluwapan akibat jutaan pelancong yang mengunjungi monumen tersebut setiap tahun. Keadaan kritikal monumen itu didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan. Laporan itu menyatakan bahawa aktiviti pemeluwapan telah merosakkan beberapa bahagian utama masjid tersebut. Pemeluwapan juga telah menyebabkan kerosakan pada mihrab ikonik masjid itu yang menghadap ke arah Makkah. Masjid Besar Cordoba yang menerima lebih dua juta pengunjung tahunan, dibina antara abad kelapan dan ke-10. “Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi. “Haba dalam badan yang dikeluarkan pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekali gus menyumbang kepada kerosakan tersebut,” jelas laporan itu. Monumen itu sudah pun berdepan cabaran disebabkan status Cordoba sebagai bandar paling panas di Semenanjung Iberia dengan mencecah suhu hampir 47 darjah Celsius. - Arab NewsDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI