ZAMAN sudah berubah, cara mencari jodoh juga sudah berubah. Bagi pasangan ini pula, mereka berkenalan secara atas talian sejak 18 bulan lalu, namun belum sempat berjumpa lagi sehingga ke hari ini. Jo, 20, gadis dari Myanmar berkenalan dengan David, seorang penerbit muzik dari Bath, United Kingdom (UK). Hasrat mereka untuk bertemu belum kesampaian kerana larangan penerbangan masih lagi dikuatkuasakan di negara gadis itu. Namun, mereka berharap dapat disatukan tidak lama lagi. "Kami berborak berjam-jam. Saya jatuh cinta dengannya. Suaranya juga cukup menyejukkan hati saya. Dia pandai berjenaka," kata Jo mengenai lelaki itu. Tambahnya, dia juga menyimpan hasrat untuk ke UK dan berkahwin dengan lelaki itu. David pula mendedahkan dia pernah berkahwin sekali pada tahun 1980-an namun sudah bercerai dan mempunyai dua anak. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI