suria

Pasangan kekasih ditahan polis, kantoi buat aksi tak senonoh ketika berjemur di pantai

Polis pada Isnin turut mengesahkan penahanan pasangan itu. (Gambar Hiasan: LIM BENG TATT/The Star)

KEHADIRAN ramai pengunjung di pantai ternyata tidak diendandahkan pasangan ini.

Malah, lelaki dan wanita yang sedang berjemur itu tergamak melakukan aksi tidak senonoh di kawasan terbuka.

Menerusi kejadian di sebuah pantai di Rio de Jeneiro, Brazil pada 4 Disember lalu, aksi tidak senonoh mereka turut dirakam dan ditularkan.

Tindakan itu ternyata membawa padah apabla mereka akhirnya ditahan oleh pihak polis.

Polis pada Isnin turut mengesahkan penahanan itu.

Satu siasatan juga sedang dilakukan ke atas pasangan berkenaan.

Sehingga kini, identiti mereka masih tidak didedahkan kepada umum.. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain