SETIAP pasangan bercinta melalui pengalaman berbeza-beza. Namun, ada juga petua yang boleh diikut agar percintaan yang dibina berkekalan lebih lama. Terbaharu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai jurulatih percintaan dikecam, gara-gara kenyataannya yang dianggap berat sebelah Menurut wanita yang dikenali sebagai Nelly itu, setiap lelaki perlu membayar segala kos ketika keluar makan malam dengan teman istimewa. Malah, dia percaya bahawa kaum Adam perlu menanggung segala kos dalam percintaan. Video kenyataan wanita itu turut ditonton lebih 60,000 kali dan dihujani pelbagai komen. Ada yang bersetuju, tak kurang juga mengecam kenyataan tersebut. "Lelaki tidak berhutang apa-apa dengan anda. Tambahan lagi jika kamu bar berkenalan," ujar seorang netizen. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI