SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong sebahagian daripada salah satu jarinya hancur akibat terkenal kipas sebuah alat pengering tangan yang tidak mempunyai penutup. Bapa kanak-kanak tersebut, Nick Chia berkata, anak perempuannya dibenarkan pulang daripada hospital pada 10 Disember setelah menjalani rawatan di hospital selama empat hari. Jelasnya mereka sekeluarga mengunjungi sebuah pusat membeli belah di Singapura pada 6 Disember lalu. Kanak-kanak tersebut dikatakan pergi ke tandas bersama pembantu mereka. Pembantu dikatakan sedang membasuh tangannya apabila kanak-kanak tersebut pergi untuk mengeringkan tangannya sebelum jari telunjuknya itu hancur akibat terkena bilah kipas alat pengering tersebut. Alat tersebut dikatakan tidak mempunyai penutup. Alat pengering tangan tersebut (kiri) dikatakan tidak mempunyai penutup. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital KK Wanita dan Kanak-Kanak, di mana sebahagian jarinya terpaksa dipotong. "Dia kini akan melihat sebarang alat pengering tangan atau mesin tisu di dalam tandas dengan rasa takut dan lebih rela mengelap tangannya pada pakaian daripada mendekati mesin-mesin yang dicipta untuk memudahkan kehidupan kita," kata Chia. Pusat membeli belah terbabit berkata pemeriksaan sewajarnya telah diambil bagi memastikan kesemua alat pengering tangan beroperasi dan berada dalam keadaan selamat. - Berita Media Corp Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI