suria

Jijik! Kepala ayam ‘tersesat’ dalam pesanan makanan, pelanggan dapat pampasan

Gabrielle memuat naik foto kepala ayam itu di Instagram.

SEORANG pelanggan terkejut apabila menemui kepala ayam di dalam kotak hidangan ayam goreng yang dibelinya dari sebuah cawangan restoran makanan segera popular.

Foto yang dimuat naik di media sosial jelas sekali memaparkan kepala ayam tersebut yang disaluti dengan tepung goreng.

Pelanggan wanita bernama Gabrielle itu dilaporkan membuat pesanan dari sebuah restoran di cawangan Twickenham, tenggara London.

Dia memuat naik foto aneh daripada pesanannya di laman Instagram dengan kapsyen: "Saya menemui kepala ayam goreng dalam hidangan kepak ayam saya, membuatkan saya hilang selera"

Gabrielle meninggalkan dua bintang ketika memberikan ulasan kepada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan JustEast setelah menerima pesanan tersebut.

Sementara itu, restoran makanan segera popular tersebut menerusi kenyataan di Twitter berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

"Kami anggap perkara ini serius dan akan mengambil langkah selanjutnya dengan pembekal serta melatih pekerja kami untuk mengelak perkara serupa berulang lagi," katanya.

Restoran itu juga berkata ia telah menawarkan hidangan ayam goreng percuma untuk pelanggan tersebut sebagai pampasan di atas apa yang berlaku. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain