BERANG kalah dalam pertaruhan lumba kuda, seorang kaki judi bertindak menolak seorang wanita ke landasan kereta api. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggu tren di platform stesen Tai Hing North, Hong Kong. Ketua inspektor Lee Ying-chi pada sidang media berkata, wanita itu bagaimanapun berjaya bangun semula dan kembali ke platform. Dilaporkan tiada kereta api melalui stesen ketika itu. Mangsa terselamat tetapi mengalami kecederaan di bahagian leher dan lengan. Menurut laporan Coconuts, dia kemudian dihantar ke Hospital Tuen Mun untuk menerima rawatan. Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan polis. Polis berkata, suspek berusia 33 tahun merupakan pekerja pengangkutan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI