suria

Indonesia dilanda gempa bumi 6.1 magnitud

Indonesia dilanda gempa bumi 6.1 magnitud pada pagi Sabtu. Gambar hiasan

GEMPA bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Utara, Indonesia pada Sabtu, tanpa laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, menurut agensi cuaca.

Gegaran itu tidak berpotensi mencetuskan gelombang besar tsunami, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.26 pagi waktu tempatan (0226 GMT), dengan pusat gempa berada 39 kilometer tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud, dan kedalaman 12 kilometer di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Ketua Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana daerah Talaud, Jabes Linda memberitahu Xinhua bahawa gegaran kuat dirasai di daerah itu.

"Gegara kuat dirasai di sini, tetapi tidak mencetuskan panik penduduk. Setakat ini, kami belum mendapat laporan mengenai rumah rosak atau mereka yang cedera atau terkorban," katanya.

"Tetapi saya telah mengarahkan pegawai agensi bencana untuk memeriksa risiko gegaran di setiap mukim," kata Jabes. - Xinhua

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain