suria

Perompak guna aplikasi gay, mangsa rugi lebih RM13,000

Suspek menggunakan aplikasi Grindr untuk mengumpan mangsa-mangsanya. Foto: Photothek via Getty Images.

SEORANG lelaki menggunakan aplikasi sembang golongan Gay iaitu Grindr untuk melakukan aktiviti rompakan.

Anouar Sabbar, 28, dari Southward, London, menggunakan aplikasi itu untuk mengumpan mangsa-mangsanya dengan habuan seks.

"Sabbar merupakan individu yang menggunakan aplikasi Grindr untuk memburu mangsa sebelum menggunakan kelemahan mereka untuk melakukan jenayah.

"Mangsa-mangsa sangat berani kerana tampil membuat laporan atas apa yang berlaku," ujar Arif Sharif, seorang inspektor yang terlibat dalam kes tersebut.

Melalui modus operandinya, Sabbar akan bertemu mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Selepas pertemuan berlangsung, Sabbar akan melakukan rompakan sehingga membolehkan dia meraih £2,360 (RM13,392) sejak April 2019 sehingga Jun 2021.

Dia akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada November lalu.

Dalam perbicaraan pada Khamis, Sabbar mengaku bersalah atas tuduhan merompak, mencuri, ugutan dan penipuan.

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesemua pertuduhan berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain