suria

Budak 3 tahun ditemui mati atas katil, didakwa ditendang bapa saudara kerana terlalu bising

Seorang kanak-kanak ditemui mati di katil. foto Newsflash

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati di atas katil selepas bapa saudara mangsa didakwa menendangnya kerana terlalu bising pada waktu malam.

Susulan insiden yang berlaku di wilayah Burdur di Turki pada 22 Disember lalu, bapa saudara dan ibu kepada kanak-kanak itu ditahan.

Wanita tersebut tidak dapat mengejutkan anak perempuannya di bilik tidur mangsa pada waktu pagi.

Dia kemudian menghubungi pasukan kecemasan dan paramedik yang bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Polis kemudian menahan ibu kanak-kanak berkenaan dan bapa saudaranya, selepas mendapati kematian kanak-kanak itu mencurigakan.

Bapa saudara itu dilaporkan mengaku menendang anak saudaranya pada waktu malam kerana anak buahnya membuat bising.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Turki, Haberturk, nenek mangsa mendakwa cucunya sering berdepan dengan keganasan yang berterusan di rumah. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain