SEORANG bayi ditemui berlumuran najis dan mengalami trauma teruk selepas 'terperangkap' di dalam bilik yang sama dengan mayat ibunya yang meninggal dunia lima hari sebelumnya akibat pengambilan dos ubat berlebihan, menurut dokumen mahkamah. Ketika kejadian, kanak-kanak berusia 15 bulan, Lyric Laboy ditemui meniarap di bawah katil hanya beberapa meter dari mayat ibunya, Shelbi Westlake, 26, di sebuah pusat perlindungan keluarga di Manhattan, New York di Amerika Syarikat. Menurut laporan New York Post, bayi itu berlumuran dengan najis, mengalami dehidrasi teruk dan memerlukan rawatan segera di hospital selepas diselamatkan.apabila dia akhirnya diselamatkan,. Bayi tersebut juga mengalami ruam lampin yang masih belum sembuh sejak insiden tragis pada Julai 2021. Susulan kejadian itu, bapa kanak-kanak berkenaan memfailkan saman terhadap Jabatan Perkhidmatan Gelandangan negeri untuk ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM229 juta). Jabatan gelandangan menafikan bayi itu ditinggalkan bersendirian selama lima hari, tetapi tidak memberikan butiran terperinci mengenai berapa lama kanak-kanak itu ditinggalkan. Bercakap kepada New York Post, mereka memberitahu kejadian tersebut sedang disiasat dan cara kerja mereka berubah selepas insiden itu. Menurutnya, pusat perlindungan itu kini menjalankan pemeriksaan kesihatan malam yang sama untuk penghuni yang gagal melaporkan diri setiap petang. Keadaan fizikal Lyric juga semakin baik selepas berat badannya bertambah. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI