suria

Hospital cari penderma sperma, lelaki Asia jadi keutamaan

Penderma akan dibayar £35 (RM198.62) bagi setiap kunjungan ke pusat perubatan itu. Foto: Getty.

SEBUAH hospital di Birmingham menggesa mana-mana lelaki tampil menjadi penderma sperma.

Menurut wakil Hospital Wanita Birmingham, stok dalam bank sperma mereka berkurangan sejak dua tahun lalu selepas dunia dilanda pandemik Covid-19.

Selepas sekian lama, sekatan tersebut sudah dibuka baru-baru ini, sekaligus membuka ruang untuk mana-mana lelaki tampil menderma sperma mereka.

"Kami tak terima penderma sperma ketika pandemik kerana risau akan risiko jangkitan Covid-19. Ada beberapa individu yang nak menderma, tapi ia baru sahaja dibuka semula.

"Kini kami menggesa sesiapa yang berminat untuk hadir bagi mengisi kekosongan stok kami. Kami perlu mencari lebih ramai penderma," ujar Dr Jackson Kirkman-Brown.

Tambah pihak pihak hospital, lelaki kulit hitam dan lelaki Asia menjadi keutamaan dan digalakkan tampil segera untuk menderma.

Sebagai ganjaran, lelaki-lelaki tersebut akan dibayar £35 (RM198.62) bagi setiap kunjungan untuk menderma sperma mereka ke pusat perubatan itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain