suria

Selepas sedekad, kehidupan ‘budak terkuat dunia lakukan 4,000 tekan tubi’ berubah

Kiri Andrey ketika kanak-kanak, kanan di usia remaja. foto andreykostash/Instagram

SEORANG budak lelaki berusia tujuh tahun dilabel sebagai terkuat di dunia untuk usianya kerana boleh melakukan 4,000 tekan berterusan dalam masa kurang dari dua setengah jam.

Dengan kemasyhurannya menerusi program Ukraine's Got Talent, Andrey Kostash, kini berusia 16, nampaknya sukar untuk dikenali.

Anak muda itu mencipta rekod dunia pada 2012 selepas melengkapkan 4,000 tekan tubi dalam masa begitu menakjubkan iaitu dua jam dan 29 minit.

Hampir sedekad selepas mencipta rekod, Andrey kini lebih menyukai kehidupan dengan memancing dan belayar dan dikongsi di saluran YouTube dan akaun media sosialnya yang lain.

Dilaporkan dia memulakan latihan kecergasan dan angkat berat pada usia lima tahun.

Selain itu, dia turut melakukan gimnastik dan seni mempertahankan diri dalam rutinnya.

Kemasyhuran Andrey juga membolehkan dia memulakan kerjaya dalam lakonan sejurus selepas memecahkan rekod.

Dilaporkan prestasi peribadinya yang terbaik adalah 6,000 tekan tubi.

Walaupun tidak lagi menumpukan pada bina badan, bentuk badan anak muda itu masih menarik di usia remaja.

Saluran YouTubenya kini membolehkan para peminat mengikuti kehidupan hariannya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain