suria

Gara-gara terlalu ‘hot’, model pakai cermin mata palsu supaya lelaki tak rasa tergugat

Cris memakai cermin mata palsu supaya lelaki kurang tergugat dengannya. foto CO Press

SEORANG model mendakwa dia memakai cermin mata palsu untuk kelihatan kurang cantik, supaya lelaki tidak berasa tergugat dengannya.

Walaupun mempunyai lebih 199,000 peminat Instagram yang kerap meninggalkan komen mengenai penampilannya, Cris Galera berkata, kecantikannya tidak selalu menarik perhatian lelaki.

Malah, dia juga berkata, lelaki sering menganggap dia terlalu 'hot' untuk didekati.

Model dari Brazil itu memberitahu: "Lelaki berpaling daripada saya kerana mereka fikir saya terlalu hot, seperti mereka tidak mempunyai peluang.

"Tapi tanpa sekurang-kurangnya satu perbualan, ia sangat sukar."

Menurut Cris, dia mempunyai taktik untuk melakukannya dengan memakai cermin mata.

Model berusia 33 tahun itu berkata: "Saya kelihatan lebih bijak supaya mereka tidak hanya melihat penampilan, payudara atau punggung.

"Saya mempunyai lebih banyak peluang (didekati ramai lelaki) dengan memakai cermin mata palsu," kata Cris. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

model, hot, cermin mata palsu, cantik,

Artikel Lain