suria

Wanita diserang kekasih sendiri kerana mengaku tak minat Cristiano Ronaldo

Flynn dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan tersebut.

PELIK tapi benar.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita yang dipukul teman lelakinya atas alasan tidak masuk akal.

Menerusi perbicaraan di mahmakah Newcaste, Ross Flynn, 31, didakwa melakukan serangan itu ke atas teman wanitanya pada Jun tahun lalu.

Dalam kejadian itu, Flynn bertanya kepada teman wanitanya untuk memilih antara dua lelaki.

Dua nama yang disebut Flynn merupakan bekas kekasih teman wanitanya serta pemain bola Cristiano Ronaldo.

Wanita ini berkata, dia lebih memilih bekas kekasihnya berbanding Ronaldo.

Jawapan itu ternyata membangkitkan kemarahan Flynn, lantas dia bertindak menumbuk muka kekasihnya sebanyak empat kali.

"Dia tanya, siapa lagi kacak? Ronaldo atau bekas teman lelaki saya.

"Bekas teman lelaki saya dah meninggal kerana bunuh diri. Saya pula tak pernah minat Ronaldo. Jadi saya pilih bekas teman lelaki saya. Terus dia tumbuk saya," ujar mangsa.

Dia kemudiannya membuat laporan polis sehingga Flynn ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Flynn dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain