ROSCOE, seekor anjing jalanan jenis Rottweiler yang terkenal dengan sikap mesranya di kejiranan Brownsville di Miami, memerlukan rumah — selepas seorang remaja yang tidak dikenali mengejek, kemudian menembaknya di kaki. Ketika polis Miami-Dade masih cuba mengesan siapa yang menembak anjing itu, Roscoe kini semakin pulih daripada kecederaan akibat patah dua tulang di kakinya. Roscoe buat masa ini diletakkan sebagai anak angkat, menurut jurucakap Perkhidmatan Haiwan Miami-Dade. Pada malam Isnin, polis bergegas ke blok 5700 Northwest 30th Avenue selepas menerima laporan mengenai satu tembakan. Seorang saksi memberitahu polis bahawa dia melihat empat lelaki muda dan seorang gadis sedang berjalan. Salah seorang daripada mereka memberi isyarat kepada anjing itu dan berkata, "Beritahu Roscoe saya ada snek Scooby untuknya," kata laporan polis itu. Roscoe mula menyalak dan budak itu mengeluarkan pistol dan menembak anjing itu di kaki kanan. Pegawai polis Miami-Dade tidak lama kemudian menemui Roscoe yang cedera. Pegawai menemui satu kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian. Laporan polis tidak menjelaskan dengan jelas berapa umur penembak terbabit. Detektif polis Miami-Dade, Bob Saintilien, sedang menyiasat pertuduhan melakukan jenayah kejam terhadap haiwan. - Miami Herald Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI