suria

Anak patung Annie menangis air mata asid, cuba bakar diri

Anak patung dipercayai berpuaka bernama Annie. foto Dilantha Dissanayake / CATERS NEWS

SEBUAH anak patung bernama Annie dipercayai berpuaka, didakwa meluarkan 'air mata asid' dan cuba untuk membakar dirinya sendiri.

Permainan menyeramkan itu dibeli oleh seorang pemburu aktiviti paranormal, Matt Paranormal kerana tertarik dengan cerita di sebaliknya.

Mengikut sejarah, patung tersebut ditemui dalam sebuah rumah yang terbakar di mana pemiliknya telah meninggal dunia.

Matt, 33, berkata: "Selepas membaca mengenai sejarahnya dengan kebakaran rumah, saya tahu saya ingin membelinya."

Sejak membeli Annie dua tahun lalu, Matt mengalami pelbagai kejadian aneh termasuk anak patung itu cuba membakar dirinya sendiri.

Dia mendakwa pemilik sebelum ini muncul di sebelahnya di dalam imej dan dia menyaksikan anak patung itu menangis mengeluarkan air mata asid.

Matt memberitahu, dia menemui Annie menerusi satu lelongan di Amerika Syarikat (AS).

"Annie kini disimpan dalam almari kaca dan berada di bawah pengawasan 24 jam kerana anak patung itu terus cuba membakar dirinya," kata Matt. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain