PENANTIAN seorang guru sandaran selama 24 tahun untuk menerima bayaran gaji yang tertunggak selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil. Munir Alamsyah, 53, sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan apabila dia sanggup membakar dua bahagian di Sekolah Cikelet Garut kerana berang gajinya masih belum diterima biarpun sudah lebih dua dekad berhenti mengajar. Sepanjang 24 tahun lalu, rutin Munir adalah ke sekolah tersebut untuk bertanya mengenai gajinya sewaktu menjadi guru matapelajaran fizik pada tahun 1996 hingga 1998. “Kami akan menyelesaikan bayaran gaji Munir yang tertunggak sebanyak enam juta rupiah (RM1,747) sepanjang dua tahun dia menjadi guru sandaran di sekolah tersebut. “Semoga bayaran gaji ini dapat mengubati kekecewaan yang ditanggungnya selama 24 tahun ini,” ujar Ketua Jabatan Pendidikan Garut, Ade Manadin. Jelas Ade, apa yang berlaku kepada Munir merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. - Tribun-Medan Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI