suria

Ibu muda dirogol secara berkumpulan... mangsa diseret atas jalan, dimalukan depan orang ramai

Mangsa dirogol secara berkumpulan pada Rabu lalu.

SEORANG mangsa rogol diarak di sebuah jalan di Delhi, India yang mana dia turut dipukul dan dimalukan di hadapan orang ramai.

Mangsa yang juga ibu kepada seorang cahaya mata dimalukan secara terbuka dalam kejadian tersebut.

Mangsa yang berusia 20 tahun dirogol secara berkumpulan oleh beberapa orang penjual arak haram di Shahdara, timur Delhi pada Rabu lalu.

Selain itu, rambutnya turut dipotong oleh suspek-suspek kes berkenaan.

Dia kemudiannya turut dipaksa memakai selipar berantai sebelum diseret di atas jalan.

Rakaman tular di Twitter memaparkan orang ramai bersorak dan memukul kepala mangsa.

Dia kelihatan menahan sakit ketika dipukul oleh beberapa wanita lebih tua dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan motif serta kaitan antara wanita-wanita yang memukulnya dengan pelaku kes rogol berkenaan.

Individu yang memuat naik video itu ke Twitter turut menggesa agar polis memberikan perlindungan terhadap mangsa dan keluarganya.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah hospital. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain