suria

Lelaki umur 70 tahun meninggal dunia ketika diurut sambil bogel

Lelaki itu meninggal dunia ketika dia sedang diurut. Foto: ViralPress.

SEORANG pelancong British meninggal dunia dalam keadaan berbogel ketika dia sedang diurut di Pattaya, Thailand.

Pesara itu datang dengan menaiki sebuah motosikal sebelum diurut oleh seorang wanita dikenali sebagai Miss Oraya.

Menurut tukang urut berusia 39 tahun itu, lelaki berkenaan baring dalam keadaan bogel sebelum tertidur dan mula mengalami sesak nafas.

Oraya yang panik memanggil rakan sekerjanya sebelum mereka memberi bantuan pernafasan (CPR) ke atas mangsa.

"Semuanya berjalan lancar. Saya perasan dia tertidur. Kemudian saya dengar dia alami kesukaran untuk bernafas. Dia macam tercekik.

"Saya panggil gadis-gadis lain dan mula menekan dadanya," imbas Oraya yang turut membuat CPR ke atas mangsa.

Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berdekatan.

Polis tiba di kedai 'Lovely Massage' di kawasan Bang Lamung itu pada jam 4 petang, sejam selepas kejadian itu berlaku.

Kata polis, mereka tidak menemui sebarang elemen jenayah dalam kejadian itu, namun punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain