suria

Influencer dedah hasrat jalani pembedahan untuk kecilkan saiz zakar

Oli mahu menjalani pembedahan bagi mengecilkan saiz zakarnya.

SETIAP orang mempunyai impian tersendiri untuk dicapai dalam kehidupan mereka.

Namun, impian influencer dari United Kingdom (UK) ini mungkin kedengaran aneh dan tidak masuk akal bagi kita semua.

Dikenali sebagai Oli London, jejaka berusia 32 tahun itu meluahkan hasrat untuk menjalani pembedahan bagi mengecilkan saiz zakarnya.

Pembedahan bukanlah satu perkara asing buatnya, malah dia sudah banyak berhabis duit untuk mengubah wajah serta fizikalnya.

Dia sebelum ini pernah menghabiskan hampir £200,000 (RM1.12 juta) untuk melakukan pembedahan plastik.

"Selepas saya jalani pembedahan, saya akan gembira untuk dua bulan, kemudian saya nak lagi," ujarnya.

Kata Oli, kali ini dia mahu terbang ke Thailand untuk menjalani pembedahan di sana.

"Saya nak buat pembedahan kecilkan zakar. Jadi, saya akan jadi seperti saiz kebanyakan orang di Korea.

"Saya boleh buat di Thailand, kos mungkin sekitar £6,000 (RM33,701) sehingga £8,000 (RM44,935).

"Harga di Thailand lebih murah. Sejujurnya, mereka memang pakar dalam hal ini," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain